Friday 18 May 2012

VITAMIN APA PERLUNYA KEPADA TUBUH?



Apa fungsinya makanan pada tubuh? Pasti jawapannya satu iaitu untuk membekalkan tubuh dengan zat-zat serta nutrien tertentu untuk mengekalkan kesihatan tubuh.Selain sumber asas tenaga utama.Tubuh juga amat memerlukan vitamin untuk kekal sihat.

VITAMIN

Vitamin bertindak membekalkan keperluan kepada setiap pertumbuhan dan perkembangan fungsi anggota tubuh di samping mengekalkan tubuh badab yang sihat.Vitamin saling bertindak untuk memberi fungsi kepada setiap anggota tubuh.
Pengkelasan dibawah memberi lebih kefahaman tentang setiap fungsi vitamin:


VITAMIN A

Vitamin A diperlukan untuk tumbesaran tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak.Paling utama ia baik untuk penglihatan mata yang baik serta mengekalkan struktur gigi selain memelihara kulit yang sihat.

Vitamin A juga mampu mencegah sistem penghadaman, hidung, tekak, paru-paru dan salur kencing dari di jangkiti kuman.Ia juga mengatur sistem kekebalan (immune system) untuk mencegah dan melawan sebarang jangkitan kuman.

Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam, kekeringan pada bahagian mata putih serta terjadinya selaput mata putih.Mengakibatkan tubuh lemah serta daya ketahanan terhadap jangkitan kuman makin esar risikonya.

Cadangan makanan tambahan:












VITAMIN B1 (Thiamine)
Vitamin ini amat penting untuk pencerakinan dan penggunaan karbohidrat, lemak dan protien.Ia membantu memelihara sistem saraf dan otot yang sihat serta fungsi jantung yang normal.
Setiap sel badan memerlukan vitamin B1 bagi membentuk fungsi tubuh.
Vitamin B1 juga perlu di seiringkan dengan pelbagai vitamin B yang lain seperti B2, B3, B6, B12 untuk melengkapkan kerja-kerja penyelenggaraan di dalam tubuh.Oleh kerana itulah vitamin B Komplek atau multivitamin disarankan untuk semua peringkat usia.
Cadangan makanan tambahan:












VITAMIN C
Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan untuk mengendalikan fungsi-fungsi tubuh termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang ardenal dan pembentukan gusi yang sihat.
Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma.
Ia mencegah daripada kesan merbahaya seperti mencegah kanser, mememlihara daripada jangkitan dan meningkatkan imuniti.
Vitamin C juga meningkatkan penyerapan zat besi malah boleh meneutralkan sebarang jangkitan pada tubuh.
Cadangan makanan tambahan:













VITAMIN D

Vitamin D diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.Ia juga perlu untuk tumbesaran malah untuk perkembangan tulang dan gigi yang sihat.

Vitamin D juga penting untuk mengatur degupan jantung yang sihat serta mencegah otot menjadi lemah.Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, ostheoporosis, osteoarthritis dan hypocalcemia serta meningkatkan imuniti.

Kekurangan vitamin ini akan membuatkan tubuh lebih terdedah kepada kecacatan tulang terutamanya tulang belakang serta ketidakupayaan tulang untuk berfungsi dengan lebih baik.

Vitamin ini sangat penting kepada ibu-ibu yang mengandung,kekurangan vitamin ini kepada ibu- ibu yang mengandung akan mengakibatkan kecacatan kepada bayi yang di kandung.

Cadangan makanan tambahan














VITAMIN E

Vitamin E merupakan antioksidan yang baik untuk mengekalkan kesihatan kulit serta menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.Malah sifatnya yang antioksidan juga membolehkan pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular lain.

Vitamin ini juga mengawal tekanan dan peredaran darah dengan baik disamping memelihara pembekuan darah yang normal serta mengurangkan berlakunya tekanan pada darah.Bagi lelaki vitamin ini dapat membantu meningkatkan pengeluaran air mani yang sihat serta mengurangkan kanser prostat

Kekurangan vitamin ini akan membuatkan risiko anemia menjadi semakin tinggi.


Cadangan makanan tambahan












Monday 26 December 2011

KENAPA ANDA PERLU MENGAMBIL SUPLEMEN?

Inilah antara faktor faktornya:
  1. Sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
  2. Badan memerlukan dos yang tinggi bagi sesetengah nutrien
  3. Buah buahan dan sayur sayuran mungkin terjejas dan tercemar
  4. mengamalkan gaya hidup yag tidak sihat
  5. Kebanyakkan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa bukan ikut keperluan
  6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
  7. kehilangan nutrien dalam makanan
Kekurangan nutrisi dalam badan meningkatkan risiko kesihatan:
  • Penuaan pramatang
  • Kelesuan                                                                                                 
  • Mudah mendapat penyakit dan jangkitan
  • keguguran rambut
  • Osteoporosis
  • Kulit bermasalah
DAN BANYAK LAGI...........

Jangan berlengah lagi...jadikan hidup anda hidup yang sihat...ia suatu kenikmatan yang tidak ternilai...
Amalkan gaya hidup anda bersama....